Nasib Pelajar Malaysia di Padang akan dibawa ke mesyuarat kabinet esok

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta agar sumbangan dan derma yang diwujudkan untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia turut disalurkan kepada pelajar Malaysia yang menjadi mangsa bencana itu.

Khaled berkata, beliau akan turut menyampaikan nota kabinet mengenai masalah pelajar Malaysia di Padang dalam mesyuarat Kabinet esok untuk penelitian dan rujukan Jemaah Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Dialog Industri Kebangsaan 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Selasa .

“Kerana sikap pemurah rakyat Malaysia, kita telah mewujudkan pelbagai tabung, termasuk daripada kementerian sendiri dan saya merayu supaya dalam kita membelanja dan mengagihkan duit tabung itu kepada rakyat negara jiran yang menjadi mangsa bencana alam ini, kita juga jangan lupa mengambil kira pelajar kita yang juga merupakan mangsa kepada bencana itu.

“Mungkin sebagai ganti kepada apa yang telah mereka bayar kepada universiti, sama ada mereka diterima masuk ke universiti lain di Indonesia, kita guna (sumbangan) itu juga untuk membantu mereka supaya mereka tak berdepan dengan masalah lain,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa Kabinet akan membuat keputusan mengenai status 330 pelajar Malaysia di Universitas Andalas, Padang, Indonesia selepas meneliti nota kabinet berhubung status pelajar-pelajar ini yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya, pihak pengurusan Universitas Andalas telah memanggil semula kesemua pelajar untuk meneruskan pengajian mereka pada 12 Oktober ini.

“Walaupun telah dipanggil pulang, namun saya percaya mereka dalam proses untuk mengkaji dan menilai kemampuan untuk meneruskan pengajian di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan para pelajar Malaysia di Universti Andalas selepas dibawa pulang akibat gempa bumi yang melanda Sumatera Barat, Rabu lalu.

Jelasnya, walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu para pelajar berkenaan namun harus diakui bahawa perkara itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan melibatkan satu kaedah.

Urusan para pelajar berkenaan, katanya perlu diteliti secara mendalam kerana ia melibatkan pelbagai perbezaan dan latar belakang pelajar.

“Antara aspek yang dikenal pasti ialah ada antara pelajar itu yang ditaja oleh kerajaan manakala ada yang melalui pembiayaan sendiri. Penyelesaiannya bergantung sama ada kita dapat melakukan pemindahan kredit untuk mereka meneruskan pelajaran di universiti lain di Indonesia atau di Malaysia.

“Kita juga kena lihat sama ada terdapat tempat kosong atau tidak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) negara ini," katanya.

Khaled berkata sebahagian besar pelajar itu juga telah membuat bayaran penuh untuk tahun ini kepada Uiversiti Andalas dan mereka terpaksa menanggung beban kewangan yang agak tinggi jika ingin meneruskan pengajian di Malaysia berikutan bayaran yuran yang lebih mahal berbanding negara jiran dan juga ekoran perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk penggal ini.

“Kita pun tahu bahawa sebahagian daripada kursus perubatan negara kita adalah lebih mahal, maka sudah tentulah para pelajar itu akan berdepan dengan masalah kewangan jika mereka ditempatkan semula di dalam negara kerana perlu membayar semula yuran,” jelas Khaled.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan