MIED akan berkhidmant untuk masyarakat India - Palanivel

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Walaupun Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED), cabang pendidikan MIC, merupakan entiti berasingan daripada parti, ia akan terus memberikan khidmat kepada masyarakat untuk jangka masa lama, kata Timbalan Presiden parti Datuk G. Palanivel hari ini.

"Petang semalam semasa saya di Bagan Pinang, saya sempat berbual beberapa minit dengan (presiden MIC) Datuk Seri S. Samy Vellu dan bertanyakan mengenai MIED dan beliau memberikan penjelasannya kepada saya. Beliau menjelaskan apa yang dimaksudkannya mengenai MIED sebagai entiti berasingan.

"Ya, kami semua tahu ia merupakan entiti berasingan yang dikendalikan oleh pemegang amanah. MIED adalah bayi MIC. Ia dilahirkan dalam MIC dengan presidennya, Samy Vellu, sebagai pengasasnya.

"Semua pemegang amanah dan kebanyakan anggota lembaganya kesemuanya pemimpin MIC di pelbagai peringkat, baik di masa lalu dan sekarang. Oleh itu, ia sebuah organisasi yang ditubuhkan, distruktur untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk jangka masa lama," katanya dalam blog beliau.

Sepanjang minggu lepas, akhbar dan media baru di Internet mengkritik Samy Vellu selepas beliau berkata MIED, bernilai RM1 bilion termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), adalah entiti berasingan daripada MIC.

Beliau juga dilaporkan berkata oleh kerana ia adalah entiti berasingan, MIC tiada kena mengena dengannya walaupun MIED diuruskan oleh parti politik kaum India terbesar di negara ini.

Kenyataan beliau itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pemimpin parti kerana pada hakikatnya MIED, dan khususnya AIMST, dibina menggunakan wang yang dikumpul daripada komuniti itu dan pemimpin akar umbi parti.

"Dalam perbualannya dengan saya di ibu pejabat MIC barubaru ini, Samy Vellu berkata malahan jika beliau tidak lagi menjadi presiden MIC, beliau akan terus datang ke pejabat MIED, yang terletak dalam bangunan yang sama, untuk bekerja. Saya secara berjenaka menjawab 'ini bermakna orang tidak akan datang jumpa dengan saya'.

"Mari kita hentikan persoalan mengenai MIED dikeluarkan atau dirampas. MIED adalah kebanggaan masyarakat India. Biarlah ia tetap terus begitu," kata Palanivel. Menyedari yang beliau menjadi buruan media untuk mendapatkan komen mengenai MIED sejak minggu lepas, katanya beliau sibuk menguruskan banyak perkara termasuk pilihan raya kecil Bagan Pinang, majlis di kawasan Hulu Selangor dan persiapan Deepavali bagi golongan miskin.

Lagipun, beliau bukan seorang yang suka memberikan komen tanpa memikirkannya terlebih dahulu, mahupun beliau seorang yang cuba dilihat menjadi wira bagi sesuatu perkara apabila tidak perlu berbuat demikian, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan