Mercy Malaysia hantar pasukan perubatan ke Padang

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) telah menghantar sebuah pasukan pembedahan dan perubatan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Pariaman, kira-kira 80 km di utara Padang, Sumatera.

Presidennya Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata keputusan menghantar pasukan yang terdiri daripada seorang pakar bedah ortopedik, seorang pakar bedah am, seorang pakar bius, beberapa kakitangan perubatan umum dan jururawat itu, dibuat berdasarkan penilian awal oleh pasukan peninjau Mercy Malaysia yang berkunjung ke sana.

Pasukan peninjau itu mendapati Pariaman, yang mempunyai 600,000 penduduk dan merupakan kawasan kedua paling teruk dilanda bencana alam itu, amat memerlukan bantuan perubatan, kata Dr Ahmad Faizal. Beliau berkata pasukan pembedahan itu kini memberi rawatan kepada mangsa yang mengalami kecederaan teruk di Hospital Pariaman.

Pasukan perubatan pula akan menjalankan tugas menyaring pesakit dan merawat kecederaan serta penyakit berkaitan pasca bencana, di samping mengenal pasti pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital.

"Mereka juga akan memenuhi keperluan utama penjagaan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar yang dilanda gempa bumi," kata Dr Ahmad Faizal.

Pasukan itu membawa peralatan pembedahan dan kit penjagaan kesihatan bernilai RM100,000.

Dr Ahmad Faizal berkata Mercy Malaysia memerlukan sekurangkurangnya RM3 juta bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Indonesia dan menyeru rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan ke arah itu.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Mercy Malaysia melalui Maybank atas nama: MERCY HUMANITARIAN FUND dengan nombor akaun: 562179504126 atau melalui CIMB Bank atas nama: MERCY MALAYSIA dengan nombor akaun: 14240006561053.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hana Kamaruddin (Media) melalui talian 019-3140420, G Anuradha (Pungutan Derma) 0192215759, Noor Hayati (Sukarelawan) 019-3116196 atau Mohd Radzi (Sukarelawan) 019-3140689 atau 03-22733999 atau melayari www.mercy.org.my. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan