189 pesakit baru dengan gejala ILI

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 189 kes baru dengan gejala penyakit serupa Influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 131 kes didiscaj hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 801 orang dengan 56 pesakit merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 56 pesakit Influenza (H1N1) yang menerima rawatan di hospital sebanyak 14 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian akibat Influenza (H1N1) didaftarkan dengan jumlah kematian kekal pada 77 kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata 12 daripada 14 kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (tujuh kes), penyakit kronik (tiga kes) dan obesiti (dua kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan juga menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit itu yang masih aktif dalam komuniti, walaupun kes influenza A(H1N1) semakin berkurangan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan