Taib serah kepada parti sama ada kekal jawatan Presiden PBB

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BETONG (Sarawak): Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyerahkan kepada parti untuk menentukan sama ada beliau mengekalkan jawatan itu pada Perhimpunan Agung PBB akan datang.

Taib, 73, berkata sebagai seorang yang setia kepada parti, beliau tidak boleh membuat keputusan sendirian kerana perjuangan parti menjadi keutamaannya.

"Saya secara terbuka telah pun bercakap bila-bila masa saya boleh turun (serah jawatan Presiden), tapi parti kata tunggu. Terserah kepada keputusan parti kerana saya setia kepada parti," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat cawangancawangan PBB di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Stephen Kalong Ningkan Betong di sini hari ini.

Taib yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak sentiasa membuat transformasi dalam kepimpinannya dan ini terbukti dengan penampilan 25 peratus muka baru sebagai calon BN pada setiap pilihan raya negeri.

"Transformasi politik kita di Sarawak berjalan dengan baik sehingga yang tua sanggup memberi laluan kepada yang muda," kata beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian.

Beliau berkata sebagai tulang belakang BN di Sarawak, PBB mempunyai cara dan politik yang tersendiri untuk meneruskan khidmat serta pembangunan kepada rakyat di negeri ini.

Katanya Sarawak tidak perlu untuk menukar kerajaan seperti yang dilakukan oleh beberapa negeri di Semenanjung untuk membuat transformasi kerana dasar politik pembangunan sentiasa berjalan seiringi dengan kehendak pembangunan negara.

Katanya sejak BN memerintah negeri ini, banyak perubahan yang dilakukan bukan sahaja di kawasan bandar malah di kawasan luar bandar yang jauh terpencil dan sukar untuk dimajukan.

"Sarawak ada cara sendiri... menukar kerajaan untuk perubahan bukan cara kita kerana sebarang pertukaran kerajaan belum tentu akan mendatangkan banyak kebaikan, sebaliknya boleh mendatangkan banyak masalah seperti yang berlaku di beberapa negeri pembangkang di Semenanjung," katanya.

Taib menegaskan selain pembangunan ekonomi melalui Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score), tumpuan juga kini lebih diberikan kepada pembangunan kapasiti dengan melahirkan lebih ramai sumber manusia berkemahiran melalui pembangunan pendidikan.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Timbalan Ketua Menteri selaku Timbalan Presiden PBB Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata anggota PBB memberi sokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui parti itu pada masa akan datang.

Beliau berkata 71 cawangan PBB di Sarawak akan terus memberikan sokongan kepada dasar politik pembangunan yang diilhamkan oleh Taib.

"Sokongan ini bukan sahaja daripada PBB malah juga semua komponen BN iaitu Parti Rakyat Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan Parti Progresif Demokratik Sarawak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan