Rang undang-undang data peribadi dibentang sebelum Disember ini

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Rang undang-undang Perlindungan Data Peribadi akan dibentangkan di Parlimen sebelum Disember ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya rang undang-undang itu antara lain bertujuan melindungi maklumat peribadi individu atau badan korporat bagi mencegah atau menghalang sebarang penyalahgunaan data peribadi seseorang termasuk maklumat kredit.

Rang undangundang jika diluluskan di Dewan Rakyat dan menjadi akta maka ia akan menyaksikan kepada penubuhan Suruhanjaya Data Peribadi, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan bloggers di Hotel Thistle di sini hari ini.

Mengulas mengenai perjumpaan selama dua jam dengan bloggers bermula 4.30 petang tadi, Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, berkata ianya berakhir dengan rumusan supaya penglibatan pengamal media baru dalam agenda negara ditingkatkan.

Katanya kerajaan mengiktiraf peranan pengamal media baru dan menggesa mereka supaya menghormati undang-undang dan garis panduan sedia ada dalam penulisan blog mereka.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa laporan media arus perdana berat sebelah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Rais berkata dakwaan itu tidak benar malah beliau mengarahkan RTM memberikan ruang yang sepatutnya kepada keduadua calon bertanding. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Okt ini menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditentang oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor, dari BN pada 4 September lalu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan