"Pembangkang kering modal kempen ke?" - tanya Isa Samad

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang,Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan pembangkang sudah kekeringan modal berkempen apabila terus menerus menyerang peribadinya sejak namanya diumumkan sebagai calon Sabtu lalu.

Beliau berkata, PAS sudah tidak ada idea yang bernas untuk menimbulkan keraguan di kalangan penduduk Bagan Pinang terhadap dirinya dan juga BN.

"Mereka tak ada idea untuk timbulkan keraguan, seperti yang kita tahu tanggungjawab mereka ialah untuk mencipta keraguan.

"Mereka menyebut mengenai sejarah politik saya, itu perkara biasa bagi mereka... tapi tanggungjawab kita ialah untuk jelaskan kepada rakyat, apa yang boleh kita sumbangkan untuk pembangunan mereka.

"InsyaAllah kita juga akan terus bercakap mengenai perkara ini," katanya ketika ditemui dalam siri kempennya di Bagan Pinang lewat petang Isnin.

Tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi, sudah menjadi sikap pembangkang yang hanya memandang sesuatu perkara itu sebagai salah jika tidak berpihak kepada mereka.

"Saya sudah terangkan sebelum ini, pemimpin mereka kenapa boleh bertanding... lihat Datuk Seri Anwar (Ibrahim), (Lim) Guan Eng kenapa mereka boleh bertanding? Mereka pernah masuk penjara atas kesalahan jenayah.

"Saya bukan lakukan jenayah... modal ini sahaja yang nak disebut oleh mereka, tapi saya tak nampak isu ini sebagai isu besar kerana orang faham, saya bukan masuk penjara," katanya.

Mengenai serangan terhadap 'kelemahan' berhubung beberapa projek terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar selama 22 tahun, Mohd Isa berkata: " Dia serang pun buat apa? Bukan dia boleh selesaikan masalah (yang dia sendiri sebutkan).

"Kalau pilih PAS lagi tak boleh buat apa, dia cuma nak tunjukkan kesalahan dan kelemahan.

"Tapi yang sebenarnya dia tak ada cara nak selesaikan, yang boleh selesaikan adalah kerajaan... itu yang mesti kita faham," katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah membuat laporan polis lewat petang ini berhubung apa yang mereka dakwa sebagai satu tindakan provokasi para penyokong BN dalam menaikkan pemidang yang memperlekehkan pihak lawan.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Faris Musa berkata, jika SPR benar-benar telus bagi memastikan proses pilihan raya diadakan dengan dengan lancar, mereka seharusnya meneliti perkara berkenaan dengan serius.

"Kami gesa SPR supaya meneliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai provokasi yang telah dilakukan oleh penyokong BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan provokasi berkenaan di Balai Polis Teluk Kemang di sini hari ini.

Menerusi laporan polis berkenaan, beliau mendakwa jentera BN dengan sengajanya memasang poster-poster besar yang tertera perkataan berunsur provokasi dan memperlekehkan imej PAS.

Malah beliau memberikan tempoh masa selama 24 jam kepada jentera BN untuk menurunkan poster-poster berkenaan.

"Kami beri mereka masa 24 jam untuk turunkan poster berkenaan yang kini terdapat di beberapa kawasan di Batu 4 dan di sepanjang jalan dari kawasan pantai Port Dickson hingga ke Bagan Pinang.

"Kalau sehingga pukul 6.30 petang esok mereka masih berdegil, kami dan jentera PAS tidak akan teragak-agak untuk melancarkan operasi kami sendiri.

"Kami akan menurunkan kesemua poster berkenaan jika mereka masih berdiam diri," katanya.

Selain itu dalam laporan polis yang sama, Fariz turut turut menyatakan mengenai tindakan pihak tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggunakan taktik kotor dengan memasang poster-poster bagi memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan