Menteri Pengangkutan akan bertemu syarikat bas Lembah Klang

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan bertemu semua pengusaha perkhidmatan bas di Lembah Klang bagi membincangkan usaha menaik taraf perkhidmatan pengangkutan itu di ibu negara.

Menterinya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata perbincangan itu akan diadakan dalam tempoh terdekat dan turut melibatkan semua operator bas swasta serta kerajaan.

"Kita tidak hanya akan mengambil kira untuk mempromosikan sesetengah syarikat bas sahaja tetapi juga prihatin tentang masalah di peringkat nasional dan ini termasuklah soal perkhidmatan pengangkutan awam serta perkhidmatan bas yang perlu dijadikan keutamaan kami.

"Kami akan melantik bukan hanya satu operator tetapi juga semua operator termasuklah pesaing kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

"Kami mahu mendengar masalah mereka dan pada masa yang sama menjadi tanggungjawab kementerian untuk melihat kelemahan-kelemahan mereka yang perlu diambil kira," katanya kepada pemberita ketika melawat hab bas RapidKL di Maluri, hari ini.

Ong berkata dalam perbincangan itu, beliau akan menimbangkan apa jua masalah yang dihadapi oleh operatoroperator berkenaan dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai.

Dalam lawatan beliau hari ini, Ong turut menaiki bas RapidKL dari Taman Midah ke stesen bas Maluri untuk merasai sendiri dan mendengar pendapat pengguna bas tentang perkhidmatan ditawarkan oleh RapidKL serta operator bas yang lain terutamanya ketika waktu puncak.

"Saya mahu melihat dan menggalakkan persaingan yang sihat tanpa mengabaikan kepentingan orang ramai. Pada masa yang sama, saya tidak mahu melihat persaingan itu hanya wujud ketika waktu puncak sahaja berbanding waktu biasa, tiada bas yang datang sehingga menunggu agak lama," katanya.

Mengenai terminal bas di beberapa lokasi di tengah-tengah bandar, Ong berkata terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan segera khususnya mengenai tapak dan penyelenggaraan di kawasan berkenaan untuk keselesaan pengguna serta penyedia perkhidmatan.

"Apa yang terus mengekang penambahbaikan terminal bas itu ialah koordinasi di antara operator dengan pihak berkuasa tempatan sebab tapak untuk terminal bas itu bukan senang nak dapat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan