MCA tubuh dana khas bantu mangsa bencana alam

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bantuan Krisis Malaysia (CRSM) MCA akan menubuhkan dana khas bagi membantu mangsa bencana alam di beberapa negara, kata ketuanya Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini.

Beliau berkata kini lebih kurang sembilan negara dilanda bencana alam dan CRSM berasa bertanggungjawab menubuhkan dana itu bagi membantu mangsa.

Berucap pada majlis penyerahan cek bagi membantu mangsa taufan Morakot di Taiwan kepada wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dan sebuah klinik bergerak kepada CSRM Johor di sini, Chew berkata CRSM telah mengumpul RM170,000 bagi membantu usaha pembangunan semula di Taiwan.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, yang hadir pada majlis itu, mengucapkan tahniah kepada CSRM atas usahanya itu serta berharap skuad berkenaan akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ong menyerahkan replika cek berkenaan kepada wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia Victor Tseng dan kunci klinik bergerak itu kepada ketua CSRM Johor Tan Cher Puk. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan