Kerajaan tidak akan benarkan mana-mana pihak gugat perpaduan kaum

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengugat semangat perpaduan kaum yang terbentuk di negara ini untuk kepentingan peribadi.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang memainkan isu-isu sensitiviti antara kaum.

"Kita tidak akan membiarkan kalau ada mana-mana pihak yang akan gunakan isu-isu perkauman, menyentuh soal-soal sensitif antara kaum baik Melayu, India ataupun Cina yang boleh membangkitkan kemarahan yang akhirnya boleh tercetus masalah yang boleh menyebabkan perpecahan dalam negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri di Taman PD Utama malam semalam.

Katanya lagi sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, perti itu berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum, agama, adat resam dan budaya yang berbeza.

"Dalam konsep yang diamalkan BN, kita berikan tumpuan untuk memupuk semangat perpaduan sesama kita... kini Alhamdulillah ianya terjalin dengan begitu baik sekali.

"Kalau ada pihak yang sentuh isu perkauman yang boleh bangkitkan kemarahan dan akhirnya tercetus masalah, kita ada undang-undang Akta Hasutan, supaya dengan cara itu tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya mempermainkan isu perkauman," katanya.

Malah katanya konsep perpaduan yang diamalkan BN sangat berbeza jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang.

Jelas Timbalan Presiden Umno itu, perpaduan yang dimaksudkan jelas apabila BN yang terdiri daripada pelbagai parti komponen yang mewakili masyarakat di negara ini menggunakan simbol yang sama iaitu 'dacing'.

"Kita ditubuhkan dengan carta dan undang-undang serta telah didaftarkan secara rasmi.

"Pembangkang buat fitnah kerana tiada isu... mereka sudah bankrap dan tidak ada modal untuk kempen kerana itu mereka guna teknik fitnah dan cerita hal yang tidak benar dan saya percaya pengundi tidak akan terperdaya dengan tipu helah mereka," katanya.

Tambah Muhyiddin pengundi seharusnya tidak terpedaya dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Katanya berdasarkan rekod kecemerlangan yang ditunjukkan BN selama, beliau percaya parti itu adalah pilihan terbaik rakyat untuk membangunkan negara.

Sementera itu katanya, bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, pemilihan Tan Sri Mohd Isa Samad adalah bertepatan berdasarkan rekod sumbangannya kepada rakyat dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar.

"Tan Sri Isa adalah orang yang berpengalaman, anak tempatan dan memahami masalah-masalah yang tuan-tuan hadapi, saya yakin beliau adalah pilihan terbaik untuk penduduk Bagan Pinang," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan