Kerajaan Melaka lancar tabung bencana Padang

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Melaka mengutip sebanyak RM163,000 hasil sumbangan syarikat korporat dan perseorangan di negeri itu pada pelancaran tabung bencana gempa bumi di Padang, Indonesia, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan Melaka menyasarkan kutipan RM500,000 dan tabung tersebut akan dibuka tanpa ada tarikh tutup.

"Pada peringkat awal sebanyak RM50,000 akan disumbangkan kepada mangsa gempa tersebut dalam bentuk membeli khemah bernilai RM30,000 dan keperluan makanan bernilai RM20,000 melalui wakil Melaka yang akan pergi ke sana hari ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran tabung itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Ali turut menyerahkan cek bernilai RM10,000 kepada Tabung Bencana NSTPMedia Prima manakala RM10,000 lagi diberi kepada Tabung Gempa Nusantara.

"Bagi sesiapa yang mahu menyumbang untuk tabung bencana boleh memberi cek atas nama Bendahari Negeri Melaka," kata Mohd Ali.

Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Dr Baharudin Puteh yang ditemui pada majlis tersebut berkata KUIM sedia menawarkan tempat kepada 22 pelajar dari negeri itu yang mengikuti pengajian Islam di Padang bagi meneruskan pengajian di kolej itu dalam jurusan psikologi peringkat ijazah.

"Mereka boleh mula belajar pada Disember depan selama tiga tahun. Kerjaya dalam bidang ini amat luas, walaupun mereka pada awalnya belajar dalam bidang Usuludin atau syariah, bidang psikologi memang ada demand dalam sektor pekerjaan," katanya.

Seramai 32 daripada 380 pelajar Malaysia yang belajar di Padang, berasal dari Melaka, 10 daripada mereka mengikuti pengajian bidang perubatan di Universiti Andalas manakala 22 pelajar lagi belajar pengajian agama Islam di Universitas Imam Bonjol.

Seorang wakil pelajar berkenaan, Amir Fairuz Mohamad Yasin, 20, berkata mereka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Melaka kerana segera memberi bantuan kepada pelajar.

Katanya hampir kesemua pelajar terbabit bersedia untuk belajar semula di Malaysia. "Saya juga bersedia rela ulang semula mata pelajaran jika dapat belajar di Malaysia," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan