Isa dicalonkan kerana popular, telah jalani hukuman - PM

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Tan Sri Mohd Isa Samad telah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satusatu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki. Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di sini pada Ahad.

Beliau berkata Isa telah dikenakan tindakan di atas kesalahannya termasuk kehilangan jawatan Menteri dan Naib Presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan.

Katanya Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undangundang negara.

"Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.

"Ini bukan kesalahan dari segi undangundang negara ini cuma kesalahan teknikal parti.Beliau sudah menerima hukuman," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Najib berkata Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan Menteri atau Menteri Besar.

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini, Isa, 59, yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Septemberlepas. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan