Bagan Pinang: PAS tak berapa setuju PD diisytihar Bandar Tentera Darat

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: PAS hari ini berkata, mereka tidak begitu setuju bandar ini dijadikan Bandar Tentera Darat.

Sebaliknya, PAS mahu keutamaan diberikan segera mengenai kualiti hidup pasukan angkatan tentera Malaysia dan juga masalah mereka selepas bersara.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata hasil penelitian mereka mendapati, masih banyak perkara berhubung kebajikan anggota keselamatan itu yang tidak diberikan perhatian sepenuhnya.

"Ini patut menjadi keutamaan bukan dalam masa satu atau dua hari nak tukar nama tempat ini menjadi Bandar Tentera Darat.

"Antaranya isu kebajikan yang akan kita bawa esok atau lusa... ada yang akan kita dedahkan," katanya di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, tindakan kerajaan mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat hanya bersifat projek 'mi segera' yang kononnya mahu mengangkat martabat anggota tentera.

"Ini bukan caranya, yang kita nak angkat ialah kebebasan pasukan tentera supaya diberi hak kepada mereka sebagaimana orang awam mengundi.

"Jangan takutkan mereka dengan Borang 2, sampul-sampul surat yang tidak munasabah serta mengundi di hadapan pegawai," katanya.

Selain itu Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang berkata, kerajaan sepatutnya memberi keutamaan terhadap usaha untuk membangunkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan.

"Keutamaan sepatutnya menjadikan bandar ini sebagai pusat tumpuan pelancong... bandar pelancongan," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat, beliau berkata parti itu tidak mempunyai maksud sedemikian sebaliknya meminta kerajaan supaya memberi keutamaan dalam usaha membangunkan bandar tersebut sebagai bandar pelancongan.

"Bukan saya tidak bersetuju, tapi kita katakan keutamaan ialah untuk menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan terbaik di dunia... itu yang sebenarnya," katanya.

Selain itu beliau juga turut menimbulkan isu alam sekitar berhubung sistem perparitan di Port Dickson yang didakwa tidak efisyen.

Beliau berkata, penduduk di kawasan Bagan Pinang terdedah kepada bahaya penyakit berjangkit seperti denggi.

Jelas beliau, air kumbahan dari hotel dan chalet di sepanjang pantai Port Dickson tidak mengalir dengan baik dan sebahagiannya dialirkan ke laut.

"Ini menyebabkan ketika musim hujan berlaku banjir kilat dan air bertakung menyebabkan wujud sarang nyamuk Aedes.

"Air yang bertakung itu pula berbau busuk dan penduduk hadapi satu lagi masalah iaitu lalat," kata Salahuddin.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan