A(H1N1) masih aktif, kata Ismail

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Influenza A(H1N1) masih aktif dan masih menular dalam komuniti, walaupun kes yang melibatkan penyakit itu semakin berkurangan sejak akhirakhir ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dan waspada serta terus mengamalkan langkahlangkah pencegahan yang telah disarankan, seperti sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mengurangkan lawatan ke tempattempat awam.

"Sejak akhir-akhir ini, ramai orang mungkin menyedari kejadian kes influenza A (H1N1) semakin berkurangan.

"Namun begitu, Kementerian Kesihatan ingin terus menegaskan bahawa penularan penyakit influenza A (H1N1) dalam komuniti masih berlaku dan masih aktif," katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) didaftarkan menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

Bagaimanapun menurut beliau seramai 123 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 106 kes telah didiscaj hari ini.

"Sehingga hari ini 743 kes ILI masih dirawat di seluruh negara dan 66 pesakit atau sembilan peratus daripada jumlah itu merupakan kes influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 66 orang pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, 15 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk satu kes baru dan dua kes discaj hari ini," katanya lagi.

Beliau berkata 13 daripada 15 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanakkanak bawah lima tahun (tujuh kes), penyakit kronik (tiga) dan obesiti (tiga).

"Individu-individu yang berisiko tinggi termasuk kanak-kanak berumur kurang lima tahun, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas, wanita hamil, pengidap penyakit kronik seperti asma, penyakit paruparu yang kronik dan diabetes serta golongan dengan imuniti yang rendah, mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom ILI," kata Dr Ismail.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai jangkitan influenza A(H1N1) melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui emel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta menerusi laman web Kementerian Kesihatan iaitu di http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my . BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan