Taufan Parma di Filipina: 16 maut dalam kejadian tanah runtuh

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Filipina semalam telah menimbus dua keluarga hidup-hidup semasa mereka sedang berlindung daripada taufan Parma di dalam rumah, taufan yang telah membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mengakibatkan sejumlah perkampungan dinaiki air hari ini.

Taufan yang melanda bahagian utara Filipina itu bagaimanapun tidak menjejaskan Manila.

Pada tengah hari Ahad, angin taufan itu menghala ke Taiwan, di mana anggota keselamatan sedang berusaha untuk memindahkan penduduk-penduduk di kawasan perkampungan.

Pegawai Polis Filipina, Supt Loreto Espineli berkata, lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terbunuh selepas rumah mereka di wilayah Benguet tertimbus selepas taufan Parma melanda semalam.

Katanya, tujuh lagi termasuk lima sekeluaga lain turut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kampung berhampiran.

Para pegawai Filipina sebelum itu menyenaraikan empat orang terbunuh akibat taufan itu.

Taufan Parma telah melanda Manila lapan hari sebelum ini selepas berlaku ribut yang mengakibatkan banjir terburuk yang pernah berlaku dalam empat dekad dan mengorbankan 300 nyawa.

Ribut yang melanda bandar itu semalam juga telah mengakibatkan cuaca hujan yang lebih teruk sekaligus menyukarkan lagi usaha membersihkan kawasan yang terlibat. AP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan