Smart mulakan operasi mencari dan menyelamat di Padang

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG (Sumatera Barat): Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) pada Ahad memulakan gerakan mencari dan menyelamat di dua buah hotel di sini iaitu di Hotel Mariani International dan Hotel Jakarta.

Pasukan itu yang terdiri daripada 25 anggota diketuai Kapten Mohd Halimi Taib, memulakan gerakan di Hotel Mariani International, Jalan Bundo Kandung di sini pada 10 pagi waktu tempatan dan kemudian bergerak ke Hotel Jakarta selepas mendapati tiada mangsa terperangkap di hotel pertama.

"Fokus kita pada hari ini ialah mengenal pasti kawasan runtuhan yang masih terdapat mangsa yang terperangkap dan membantu pasukan penyelamat Indonesia dan negara lain bagi mengeluarkan mayat atau mangsa runtuhan yang mungkin masih hidup," kata Mohd Halimi kepada Bernama di sini.

Pasukan Smart itu yang tiba di sini semalam, merupakan kumpulan pertama dari Malaysia menyalurkan bantuan ke kawasan tragedi bersama-sama pasukan perubatan yang terdiri daripada 31 anggota iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Mereka mendirikan khemah di kawasan lapang bersebelahan runtuhan Rumah Sakit Selasih, di sini bersama kira-kira 22 petugas media cetak dan elektronik dari Malaysia, sebagai pusat operasi.

Sementara itu, pemilik Hotel Mariani International, Arif Hosein, 68, berkata ketiga-tiga mangsa yang terperangkap di hotel itu sudah dikeluarkan Jumaat lepas dan hanya seorang mangsa yang dikeluarkan terselamat iaitu seorang warga Singapura kerana bantuan terus dilakukan oleh pasukan keselamatan Indonesia sejurus selepas bencana.

"Setakat ini kami percaya memang sudah tidak ada lagi mangsa dalam runtuhan melalui pemeriksaan nama-nama orang yang menginap, lagi pun tiada seorang pun yang datang ke sini mencari saudara-mara mereka yang hilang," katanya.

Arif yang menyifatkan kejadian gempa itu sebagai yang paling dahsyat pernah dialaminya, berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang diberikan masyarakat dunia terutamanya dari Malaysia.

"Kejadian gempa kali ini benar-benar luar biasa. Kalau di televisyen mereka bilang hanya 7.6 pada skala Richter, tapi saya ingat melalui gegarannya yang kuat, ia seperti lebih daripada itu mungkin 9 (skala Richter).

"Bantuan juga cepat kami terima terutamanya daripada pemerintah, kami juga bersyukur ramai yang datang menolong," kata Arif.

Sementara itu, 17 anggota Bank Muamalat Malaysia berserta sukarelawan, tiba di sini pada 9 pagi ini waktu tempatan dengan membawa bekalan makanan, khemah dan ubat-ubatan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan