Mercy Malaysia hantar pasukan pembedahan dan perubatan ke Padang

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) menghantar satu pasukan pakar pembedahan dan perubatan untuk merawat mang-mangsa gempa bumi di sekitar Pariaman, Padang, Sumatera, Indonesia.

Presidennya Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata keputusan menghantar pasukan dibuat setelah penilaian pertama yang dijalankan Mercy Malaysia yang ke Padang Khamis lepas, mendapati Pariaman dengan penduduk 600,000 merupakan kawasan kedua paling teruk dilanda gempa bumi yang memerlukan bantuan perubatan.

Pasukan pembedahan itu, yang berlepas hari ini dan esok, terdiri daripada pakar bedah ortopedik, pakar bedah am, pakar bius, doktor perubatan am (GP) dan jururawat, katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata pasukan itu akan berkhidmat di Hospital Pariaman untuk merawat pesakit berkaitan cedera teruk akibat gempa bumi.

Di samping itu juga mereka akan melakukan pengasingan pesakit yang memerlukan rawatan segera dan rawatan cedera serta sakit selepas kejadian itu dan mengenalpasti mereka yang perlu dimasukkan ke hospital selain menangani keperluan penjagaan kesihatan utama penduduk luar bandar yang menjadi mangsa gempa bumi tersebut.

Dr Ahmad Faizal berkata pasukan itu akan juga membawa peralatan pembedahan dan penjagaan kesihatan utama bernilai RM100,000.

Sementara itu beliau berkata Mercy Malaysia juga meminta sukarelawan perubatan tertentu seperti pakar bedah ortopedik, pakar bedah, pakar bius dan jururawat untuk membantu pasukan tersebut dalam masa dua minggu.

Mercy Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi itu di Indonesia, dengan itu "Kita merayu kepada orang ramai untuk menderma agar kita boleh meneruskan bantuan yang diperlukan."

Sumbangan boleh dihantar kepada Dana Kemanusiaan Mercy Malaysia melalui akaun Maybank: 5621-7950-4126, atas nama: MERCY HUMANITARIAN FUND atau akaun CIMB: 1424-000-6561-053, atas nama MERCY MALAYSIA.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh hubungi Hana Kamaruddin (Media) di 019 3140420, G. Anuradha (Mencari derma) 019 2215759, Noor Hayati (Sukarelawan) 019 3116196 atau Mohd Radzi (Sukarelawan) 019 3140689 atau telefon 03-22733999 atau layari www.mercy.org.my. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan