Mangsa korban gempa Padang kini meningkat 603 orang

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa warga tua hari ini menjual sayur-sayuran segar di tepi-tepi jalan di hadapan bangunan-bangunan yang musnah akibat gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang menggegarkan Padang, Sumatera Barat, Indonesia, Rabu lalu.--fotoAP
Beberapa warga tua hari ini menjual sayur-sayuran segar di tepi-tepi jalan di hadapan bangunan-bangunan yang musnah akibat gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang menggegarkan Padang, Sumatera Barat, Indonesia, Rabu lalu.--fotoAP

JAKARTA: Jumlah kematian dalam bencana gempa bumi 7.6 skala Richter (SR) di Sumatera Barat pada 30 Sept, setakat tengahari ini meningkat menjadi 603 orang, ketika ratusan yang lain dipercayai hilang dan masih tertimbus tanah runtuh di beberapa desa dan di celah runtuhan bangunan di Kota Padang.

Menurut angka rasmi Badan Menangani Bencana Sumatera Barat pada Ahad, menunjukkan jumlah mangsa yang cedera parah ialah 785 orang termasuk mereka yang perlu menjalani pembedahan dan yang cedera ringan melebihi 3,400 orang.

Masuk hari kelima bencana, ketika bau mayat dikatakan sudah menyengat di pelbagai penjuru Kota Padang dan pekerja mencari dan menyelamat masih bekerja keras, bekalan elektrik dan telekomunikasi serta air bersih sebahagiannya dilaporkan telah pulih.

Sementara itu, pagi ini dua gempa bumi lagi melanda Indonesia iaitu di Papua Barat dengan kekuatan 6.1 SR pukul 10.36 pagi waktu Indonesia Barat dan di Gorontalo, Sulawesi berukuran 5.3 SR pukul 11 pagi.

Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mencatatkan pusat gempa di Gorontalo berada di kedalaman 25KM di bawah laut manakala di Papua Barat di kedalaman 56KM, yang tidak menimbulkan ancaman tsunami. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan