Isu YDP MAINPP, Lim serah kepada Mansor

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Ketua Menteri Lim Guan Eng menyerahkan isu mengenai siapa yang layak memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

"Saya tidak mahu komen apa-apa, ia diserahkan kepada exco yang bertanggungjawab. Lebih baik tanya Mansor," katanya kepada pemberita selepas upacara pecah tanah pembinaan Tokong Guan Im Po Mo Gong di Jalan Raja Uda di sini hari ini.

Isu jawatan YDP MAINPP hangat diperkatakan berikutan pendedahan surat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah berkenan melantik bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria.

Bagaimanapun, kerajaan negeri gabungan parti pembangkang menjanjikan jawatan itu kepada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man, sebagai memancing undi sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Surat perkenan itu telah diterima kerajaan negeri pada pertengahan Ogos lepas iaitu sebelum pilihan raya kecil itu diadakan tetapi pucuk pimpinan tidak mengumumkannya kepada orang ramai.

Pendedahan surat perkenan itu dibuat oleh Yang Dipertua MAINPP ketika ini, Shabudin Yahaya semalam. Shabudin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan