Isa yakin terus dapat sokongan tentera

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad yakin parti itu akan terus diterima dan mendapat sokongan di kalangan anggota tentera.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan faktor bahawa anggota keselamatan itu merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Saya yakin anggota tentera akan menyokong kerajaan kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan.

"Anggota tentera yang mempertahankan negara, tentu mereka bertanggungjawab untuk menyokong kerajaan," katanya ketika ditemui semasa berkempen di KEMAS Teluk Kemang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan PAS sebelum ini yang yakin bahawa undi pos di kalangan anggota tentera yang sebelum ini majoritinya berpihak kepada BN akan beralih arah kepada mereka.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini menyaksikan jumlah pengundi pos sebanyak 4,604 orang dari 13,664 pemilih berdaftar.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, soal peralihan undi di kalangan anggota tentera itu tidak timbul kerana beliau percaya mereka tidak akan melupakan jasa kerajaan yang selama ini mengutamakan kebajikan anggota tentera dan anggota keluarga mereka.

"Saya yakin mereka tak lupa, saya anggap mereka sebahagian daripada kerajaan... kerajaan bukan sahaja dianggotai oleh ahli-ahli politik, tetapi turut dianggotai oleh anggota tentera, polis dan juga pegawai tadbir.

"Saya yakin mereka akan sokong," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Isa dan PAS yang diwakili Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan