Inisiatif kerajaan dapat maklum balas positif kaum India

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Masyarakat India memberikan maklum balas yang positif kepada pelbagai inisiatif yang diumumkan kerajaan untuk mereka terutama melalui Jawatankuasa Kabinet mengenai Hal Ehwal Kaum India, kata Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu pada 28 Sept lepas, telah berjanji untuk memastikan cadangan MIC diteliti dan dilaksanakan di mana mungkin.

"Ia bukan setakat cadangan tetapi langkah praktikal yang akan dilaksanakan kerajaan dan Perdana Menteri sangat terbuka dengannya (langkah-langkah itu)," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi MIC di sini.

Katanya, langkah-langkah itu telah dirangka dengan teliti oleh sepasukan pemimpin MIC dan pakar dalam ekonomi, pendidikan dan bidang sosial yang diketuai Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

"Banyak daripada cadangan yang dibuat oleh MIC dalam beberapa mesyuarat Jawatankuasa Kabinet sebelum ini telahpun dilaksanakan," katanya. Samy Vellu berkata, antara cadangan-cadangan terbaru yang dibuat parti itu ialah untuk memastikan peruntukan kerajaan yang secukupnya bagi sekolah-sekolah Tamil tanpa mengira status sama ada ia merupakan sekolah bantuan penuh atau sebaliknya.

Cadangan-cadangan lain termasuk mempercepatkan pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam atau syarikat berkaitan kerajaan, membuka lebih banyak peluang bagi ahli perniagaan dan kontraktor kaum India dan meningkatkan peluang bagi kaum itu dalam kursus matrikulasi.

Katanya MIC akan membuat susulan mengenai cadangan-cadangan itu bagi memastikan ia dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Mengenai pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Okt ini, Samy Vellu berkata jentera pilihan raya MIC telah bersiap sedia dan memulakan kempen dari pintu ke pintu.

Katanya Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera parti itu juga telah melancarkan kempen mereka dengan mensasarkan kumpulan-kumpulan tertentu.

"Kami akan mengadakan rumah terbuka sempena Deepavali pada 8 Okt dan kami menjemput semua penduduk Bagan Pinang untuk menghadirinya dalam semangat 1Malaysia," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan