H1N1: Tiada kematian baru sejak 19 September - Berita Semasa | mStar

H1N1: Tiada kematian baru sejak 19 September

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sejak 19 Sept dengan angka kematian kekal 77 orang.

Sementara itu, seramai 184 pesakit dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata sehingga kini daripada 726 orang yang dirawat kerana ILI, seramai 75 disahkan positif H1N1 dan daripada jumlah itu, 16 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seramai 15 daripada 16 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu tujuh pesakit kanak-kanak bawah umur lima tahun, enam berpenyakit kronik dan dua lagi obesiti.

Dr Mohd Ismail berkata penularan Influenza A (H1N1) dalam komuniti masih aktif walaupun terdapat pengurangan kes sejak kebelakangan ini.

"Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan, terutama dalam suasana perayaan dengan adanya rumah terbuka atau majlis keramaian," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan