Perkembangan hari penamaan calon DUN Bagan Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang:

11.20 pagi: Abdul Wahab mengesahkan pertandingan dua penjuru antara BN dan PAS.

11 pagi: Abdul Wahab mengumumkan tempoh bantahan tamat. Kedudukan bagi calon-calon yang layak bertanding akan diketahui dalam masa 15 minit.

10 pagi: Pengurus Pilihan Raya DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon yang berlangsung selama sejam tamat. Hanya calon BN dan PAS yang mengemukakan borang pencalonan. Tempoh bantahan pencalonan bermula.

9.25 pagi: Shahruddin bagaimanapun keluar semula kerana menyatakan mengalami sedikit masalah apabila pencadangnya bukan dari DUN Bagan Pinang. Beliau terpaksa mencari pencadang yang lain untuk melayakkan beliau bertanding.

9.15 pagi: Calon Bebas, Shahruddin menyerahkan borang pencalonan.

9.12 pagi: Zulkefly menyerahkan borang pencalonan mewakili PAS.

9.06 pagi: Isa menyerahkan borang pencalonan mewakili BN.

9 pagi: Pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan masa penyerahan borang pencalonan dibuka.

8.50 pagi: Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan; Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Selain itu turut hadir adalah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.

8.35 pagi: Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di pusat penamaan calon diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

8.30 pagi: Hujan mula turun dengan lebat

8.25 pagi: Kira-kira 4 ribu penyokong PAS berarak ke arah pusat penamaan calon.

8.20 pagi: Kelihatan penyokong Pakatan Rakyat mula berarak menuju ke arah kawasan penamaan calon sambil melaungkan kata-kata semangat.

8.15 pagi: Kelihatan helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara meninjau suasana penamaan calon.

8 pagi: Jalan Pantai, Port Dickson mula ditutup sepenuhnya bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

7.45 pagi: Penyokong DAP cuba memasang bendera parti mereka di hadapan kawasan pusat penamaan calon, namun pihak polis mengarahkan mereka untuk menanggalkannya kerana hanya bendera parti yang bertanding dibenarkan memasang bendera.

7.30 pagi: Cuaca di Bagan Pinang mendung dengan sedikit gerimis6 pagi

7 pagi: Penyokong BN dan PAS mula membanjiri kawasan pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

6 pagi: Anggota keselamatan mula mengawal kawasan sekitar pusat penamaan calon dan jalan menuju ke arah dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan