Pelajar Malaysia di Padang bersyukur masih hidup dan selamat kembali

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Andalas di mana sebahagian daripada kampus itu telah musnah akibat gempa bumi di Padang, Indonesia berasa lega kerana mereka telah selamat kembali di tanah air.

“Perkara pertama yang saya ingin lakukan adalah mandi,” kata Leong Chew Wei, 21, yang menangis dalam dakapan ayahnya sebaik tiba di lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pagi semalam. Ketia kejadian itu berlaku, Leong berkata, beliau sedang melayari internet di rumah sewanya. “Seluruh tempat itu bergoyang. Saya dan rakan serumah tidak boleh berdiri tegak malah tidak dapat memasukkan kunci ke lubang kunci. Bila kami cuba membuka pintu, ia patah.

“Apabila kami keluar, semua bangunan telah roboh. Sejak itu, bekalan elektrik dan air terputus. Saya juga tidak dapat menghubungi sesiapa kerana telefon bimbit saya kehabisan bateri,” kata Leong.

Gempa kali ini adalah pengalaman kedua buat Kaancana Arrthysilvalingam yang telah menetap di Indonesia selama empat tahun.

“Semasa kejadian, saya dan rakan serumah terpaksa memanjat keluar melalui tingkap kerana kami tidak dapat membuka pintu. Kami juga terserempak dengan beberapa orang yang bertempiaran lari tanpa pakaian kerana mereka sedang mandi semasa gempa itu melanda. “Pada masa yang sama, terdapat segelintir yang berlari ke kawasan yang lebih tinggi sambil menjerit,” tambah gadis yang berusia 24 tahun itu.

Ayah Kaancana telah menunggu kepulangannya daripada pukul 11 malam kelmarin.

Sementara itu, sebahagian pelajar yang diberi penginapan sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM), memberitahu mereka mungkin terpaksa melanjutkan tempoh pengajian ijazah perubatan mereka.

Pelajar tahun keempat, Mohd Ismail Mohd Isa memberitahu The Star, beliau bersedia untuk mengikuti tempoh pengajian yang lebih panjang.

"Apa yang penting, kami selamat," katanya sambil menambah, satu perjumpaan antara pihak universiti dan kerajaan Indonesia akan diadakan bagi membincangkan mengenai kebajikan penuntut universiti tersebut. “Saya berharap proses membaik pulih universiti dan hospital tidak akan mengambil masa yang lama. Saya ingin menghabiskan ijazah saya secepat mungkin,” kata pelajar yang berusia 23 tahun itu.

Mohd Ismail yang sedang menunaikan solat ketika gempa bumi itui berlaku berkata, beliau sudah biasa dengan bencana itu namun kali ini adalah kejadian yang terburuk. Sobana Muthu, 22, pelajar tahun keempat di universiti yang sama berkata, beliau sedang memberi ucapan kepada sekumpulan pelajar baru di kampus semasa kejadian itu.

“Saya amat takut kerana saya tidak pernah mengalami peristiwa seumpama itu seumur hidup saya.

“Gegaran kuat yang mengoncang bangunan adalah sesuatu yang mengerikan,” ujar beliau.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan