Najib luang masa lawat mangsa gempa bumi di HKL

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat penuntut Malaysia yang cedera di Padang, akibat kejadian gempa bumi yang melanda Sumatera Barat pada Rabu lepas, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba dari Pekan, Pahang kira-kira 5.15 petang dan terus dibawa ke Wad 2 (Ortopedik) HKL untuk melawat Felicia Francesca Francis Dass, 23.

Mereka yang diiringi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melihat dan mendapatkan maklumat mengenai keadaan pelajar berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri meraikan kira-kira 50,000 tetamu yang mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri mereka di Dataran Pekan, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira 5.16 petang waktu tempatan, Felicia Francesca, pelajar tahun tiga perubatan di Universitas Andalas, cedera tulang belakang, kepala, dada dan leher akibat dihempap besi yang runtuh dari siling rumah sewanya. Sementara itu, Pegawai Perubatan Registrar Ortopedik Kamarul AlHaqq Abdul Ghani ketika ditemui berkata keadaan Felicia Francesca kini stabil.

Anak sulung daripada tiga beradik itu akan dibenarkan pulang apabila sakit yang dirasainya semakin berkurangan dan beliau perlu menjalani rawatan susulan setiap bulan di HKL, katanya.

Beliau berkata rawatan ke atas Felicia Francesca akan melibatkan pemakaian 'cervical collar' untuk merawat bahagian leher manakala 'lumbar corset' pula di bahagian pinggang.

"Pemakaian kedua-dua peralatan perubatan itu memakan masa dua atau tiga bulan supaya kecederaan yang dialaminya pulih," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan