Najib harap pengundi pilih wakil rakyat yang dapat bantu mereka

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang perlu bijak memilih wakil rakyat yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

Beliau berkata pilihan raya kecil itu bukannya satu pilihan raya yang akan menentukan pembentukan sesebuah kerajaan sebaliknya hanyalah memilih seorang wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.

"Telah dijangkakan, (satu lawan satu di Bagan Pinang), jadi kita minta pengundi buat penilaian terhadap parti mana dan calon mana yang sesuai untuk kepentingan mereka, kita mesti sedar bahawa ini adalah pilihan raya kecil, bukan soal pembentukan kerajaan.

"Dalam pilihan raya kecil, apa yang penting khidmat seorang bakal wakil rakyat, siapa yang boleh beri khidmat bakti, dapat menyelesaikan masalah pengundi di sana, itu yang menjadi kayu ukur di sana seperti di Bagan Pinang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 161 bakal haji Parlimen Pekan di sini, pada Sabtu.

Pilihan raya kecil DUN kawasan Bagan Pinang itu pada 11 Okt ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calonnya, manakala PAS diwakili Zulkefly Mohamad Omar, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai keyakinannya terhadap calon BN sekalipun Isa sebelum ini pernah dikritik Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa beliau (Isa) tidak sewajarnya diletakkan sebagai calon BN, Najib berkata:

"Saya anggap (perkara) itu tidak timbul lagi, kita mesti lihat ke hadapan, yang penting soal khidmat bakti seorang wakil rakyat di kawasan tersebut".

Mengulas mengenai kekecohan pada proses penamaan calon pilihan raya kecil itu hari ini termasuk insiden Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa dirinya ditumbuk oleh penyokong parti lawan, Najib berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak menghormati peraturan dan undang-undang negara.

"Kalau ditumbuk, harap dia buat laporan polis. Sepatutnya kita jangan buat apa-apa yang menyalahi undang-undang termasuk mengkasari penyokong lain.

"(Kita) patut tunjuk contoh yang baik, sebab dalam amalan demokrasi ianya mesti ditunjukkan dengan nilai yang baik seperti menghormati peraturan dan undang-undang," kata Najib. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan