Lebih 300 penuntut Malaysia dibawa pulang dari Padang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Usaha membawa pulang penuntut Malaysia yang terkandas di Padang, Indonesia akibat gempa bumi dua hari lepas selesai pagi semalam apabila 323 penuntut tersebut selamat kembali ke tanah air dengan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kumpulan pertama 182 penuntut tiba di pangkalan TUDM Subang pada pukul 5.05 pagi manakala kumpulan terakhir seramai 23 penuntut tiba pada 8.30 pagi.

Mereka dibawa pulang dengan empat pesawat pengangkut TUDM jenis Hercules yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau tengah malam kelmarin.

Turut dibawa pulang ialah beberapa rakyat Malaysia yang terkandas semasa berada di sana untuk urusan perniagaan dan peribadi.

Kepulangan pelajar-pelajar tersebut, termasuk seorang pelajar wanita yang cedera, disambut oleh keluarga masing-masing serta Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Ir.Dr.Radin Umar Radin Sohadi. Pelajar berkenaan yang hanya dikenali sebagai Fernisha, pelajar perubatan tahun dua Universiti Andalas yang cedera tulang belakang akibat dihempap runtuhan batu, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua pelajar Malaysia di universiti tersebut Murtaza Mohamad Mustaffa hanya cedera ringan dan tidak memerlukan rawatan hospital.

Ketika dibawa pulang, kumpulan pelajar tersebut kelihatan masih berada dalam keadaan trauma bercampur lega kerana menjejakkan kaki di tanah air selepas mengalami detik cemas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu, yang setakat ini mengorbankan 770 orang.

Sejak awal kelmarin, kerajaan telah mengarahkan TUDM bersiap sedia untuk operasi membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas di sana kerana gempa bumi tersebut telah mengakibatkan bencana buruk terhadap nyawa dan harta benda.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia.

Sementara itu, 38 penuntut yang ditempatkan sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang telah pulang ke rumah masing-masing dengan 36 daripada mereka mengggunakan pengangkutan awam.

Dua daripada mereka dijemput ibu bapa masing-masing pada pukul 12.45 tengah hari ini.

Bagi Hanihafezah Mohd Shafii, 23, penuntut jurusan perubatan tahun kelima di Universiti Andalas, Padang, sebaik tiba di ibu negara, beliau baru berkesempatan menjamah nasi.

"Saya hanya makan biskut dan air mineral pada hari kejadian untuk menahan lapar kerana ketiadaan makanan untuk dibeli," katanya.

Hanihafeza berkata harga makanan di Padang telah melambung tiga kali ganda daripada 3,000 rupiah kepada 10,000 rupiah.

Anak sulung daripada lapan adik-beradik yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan itu berkata pada masa kejadian beliau terasa gegaran dan terus keluar rumah dan melihat hospital di belakang rumahnya runtuh.

"Mayat merata-rata tempat dan selepas keadaan reda, saya bergegas balik sekejap untuk mengambil pasport, " katanya yang turut berasa sedih melihat seorang bayi yang berusia sembilan bulan keseorangan di tepi jalan apabila ibunya meninggal.

Bagi teman sekuliahnya Che Syaza Mohd Fadzil Shuhaimi, 23, yang cedera di kedua-dua kakinya semasa cuba menyelamatkan diri berkata beliau sedang berehat di biliknya apabila kejadian itu berlaku.

"Saya cuba berlari keluar dari bilik tapi memang susah dan saya terjatuh dan keduadua kaki saya terluka apabila terkena pintu rumah yang roboh," katanya.

Anak sulung dari tiga adik beradik itu dijemput ayahnya yang bekerja di Kuala Lumpur untuk membawanya pulang ke Kuala Terengganu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan