DUN Bagan Pinang: Polis berjaya kawal kekecohan penamaan calon

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Polis dapat mengawal kekecohan yang dicetuskan ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Sekalipun berlaku insiden 'perang mulut' dan membaling botol air oleh kedua-dua penyokong parti itu, polis dapat menenangkan keadaan tegang itu yang berlaku sebaik calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas memasuki dewan tersebut untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Pegawai Media Op PRK N31 Bagan Pinang, Supt R.Ravichandran berkata, polis berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon hari ini kerana kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

"Memang ada sedikit kekecohan tetapi pihak polis berjaya mengawal keadaan dan tidak ada tangkapan yang dibuat ke atas penyokong keduadua parti itu.

"Kami bagaimanapun telah mengenal pasti segelintir penyokong yang melakukan kesalahan seperti membawa gendang dan bendera parti selain PAS dan BN, tindakan lanjut akan dilakukan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon itu.

Ravichandran berkata, jumlah penyokong kedua-dua parti itu yang hadir dianggarkan seramai 10 ribu orang.

Ketika proses penamaan calon itu dijalankan, penyokong BN berkumpul di luar perkarangan MPPD yang terletak di atas bukit manakala penyokong parti pembangkang pula ditempatkan di bawah bukit, di Jalan Pantai.

Bagaimanapun, pergaduhan hampir tercetus apabila segelintir penyokong PAS cuba menghampiri penyokong BN untuk melakukan provokasi namun sempat dihalang polis yang bertugas.

Mengulas mengenai kes Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa beliau cedera akibat ditumbuk oleh penyokong parti lawan ketika masuk ke pusat penamaan calon, Ravichandran berkata polis masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Dalam insiden itu, Abdul Azeez cedera di leher kiri manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, yang turut berada di situ sempat dilindungi oleh pengawal peribadinya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan