DUN Bagan Pinang: PAS akui hadapi laluan sukar

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: PAS mengakui populariti yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad menyukarkan partinya untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Bagaimanapun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin satu lonjakan sokongan akan berlaku dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita menyedari untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang, kita akan berusaha," katanya ketika ditemui pada proses penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan saingan dua penjuru antara BN dan PAS.

PAS diwakili oleh Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Mengulas lanjut mengenai peluang PAS untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang yang menjadi kubu kuat BN selama ini, Abdul Hadi berkata, berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, beliau yakin sokongan pengundi akan beralih kepada partinya.

"Kita lihak corak sokongan pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kita dapat pertambahan sokongan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2008...jadi tak mustahil ia akan berlaku di Bagan Pinang.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kita boleh menang," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Dalam pada itu Abdul Hadi turut menasihatkan para penyokong serta penceramah PAS supaya berkempen secara berhemah dan bermoral.

"Kita ada akhlak dan moral kita dalam berkempen yang berbeza dengan orang lain... jawatankuasa khas yang mengendalikan pilihan raya ini akan memastikan semuanya berjalankan dengan baik," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan