DUN Bagan Pinang: Calon Bebas hadapi masalah serah borang pencalonan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Calon Bebas yang bercadang untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Shahruddin Abdul Hamid menghadapi masalah untuk menyerahkan borang pencalonannya semasa proses penamaan calon pagi ini.

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada pukul 9.15 pagi tadi keluar kira-kira 10 minit kemudian.

"Saya hadapi sedikit masalah kerana pencadang yang saya kemukakan bukan dari DUN Bagan Pinang.

"Hanya penyokong saya berasal dari DUN ini," katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau akan berusaha untuk mendapatkan pengganti kepada pencadangnya.

"Saya akan mencari pengganti, saya yakin dalam masa kurang 30 minit ini, saya akan dapat pengganti," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan