Talian Hotline Gempa Padang dibuka kepada rakyat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai anggota keluarga yang terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda Padang, Indonesia, dua hari lepas boleh menghubungi talian Hotline Gempa Padang, kata Duta Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bactiar.

Beliau berkata mereka boleh menghubungi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) di No.36, Jakarta Pusat melalui telefon 62513458400, fax 62213458500, emel: posko@bnpb.go.id dan talian hotline Gempa Padang iaitu 627519824971 hingga 9824980.

"Sampai saat ini belum ada data mengenai korban warga asing dalam bencana tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, bagi warga Indonesia yang tinggal di negara ini, boleh menghubungi kedutaan bagi mendapatkan maklumat terkini anggota keluarga mereka yang menjadi mangsa gempa.

Selain itu, Da'i berkata pihaknya amat mengalualukan bantuan dan sumbangan daripada kerajaan dan rakyat negara ini bagi meringankan beban mangsa bencana gempa.

Katanya, sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke Kedutaan Republik Indonesia (Bencana) melalui akaun Bank Bumiputera Commerce Islamic (CIMB) bernombor 1453001518051.

"Bagi barangan keperluan seperti pakaian, selimut dan barangbarang keperluan lain boleh disalurkan melalui Posko Bencana Gempa Sumatera, KBRI Kuala Lumpur, 233 Jalan Tun Razak dan boleh hubungi talian 0321164000 atau 21164016 dan fax ke 0321480343," katanya.

Katanya, rakyat negara itu yang berada di sini juga turut berusaha mengumpulkan sumbangan bagi korban bencana gempa.

Rabu lepas, gempa bumi kuat berskala 7.6 Richter melanda Padang dan menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan