PTPTN: Kerajaan jelaskan kenapa sekatan ke luar negara dilakukan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan menyekat peminjam yang belum membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada keluar negara adalah jalan penyelesaian terakhir selepas amaran yang diberikan sebelum ini masih lagi tidak dipedulikan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung berkata, kementerian sudah memberi banyak peluang kepada peminjam, tetapi responnya masih lagi berada di tahap yang kurang memuaskan.

"PTPTN selama ini memberi banyak peluang kepada peminjam untuk menjelaskan hutang termasuklah membenarkan tempoh penangguhan bayaran selama enam bulan selepas tamat pengajian dan juga tempoh bayaran sepenuhnya yang panjang.

"Sebelum ini surat peringatan dan notis telah pun beberapa kali dihantar kepada peminjam tegar yang belum menjelaskan hutang, tetapi masih tiada respon... ini menyebabkan PTPTN terpaksa bertindak dan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada keluar negara," kata Dr Hou.

Kira-kira 26,000 nama sudahpun diberikan kepada Jabatan Imigresen untuk dipantau.

Ketika ditanya adakah tindakan ini akan menjejaskan pekerjaan ahli Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) yang mana pekerjaan mereka memerlukan mereka untuk terbang ke luar negara, Dr Hou berkata: "Menjadi tanggungjawab moral MASEU menasihatkan ahli-ahli mereka supaya patuh kepada arahan untuk menjelaskan segala hutang mereka kepada PTPTN."

"Terdapat pelbagai cara supaya MASEU boleh bekerjasama dengan PTPTN, seperti membuat semakan Online untuk meneliti status ahli mereka.

"PTPTN akan menyambut baik bantuan seperti ini terutama mereka yang tidak lagi dapat dihubungi," ujar beliau di Pejabat Syarikat Penerbangan Etihad semalam.

Katanya, pinjaman yang dibayar balik akan digunakan untuk diberikan kepada pelajar baru lain yang memerlukan bantuan dan bukan untuk keuntungan PTPTN.

Sementara itu bagi peminjam yang kini berada di luar negara, mereka juga akan dimaklumkan bahawa mereka akan dihalang daripada kembali ke luar negara sebaik tiba di Malaysia.

Bagi peminjam yang tidak bercadang untuk ke luar negara, PTPTN sudah pun berbincang dengan agensi kerajaan yang lain untuk sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan