Lim bersedia berdebat dengan Koh - Berita Semasa | mStar

Lim bersedia berdebat dengan Koh

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersedia untuk berdebat dengan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang akan disiarkan secara langsung di televisyen, malahan di ibu pejabat Gerakan.

Bagaimanapun, katanya DAP kecewa dengan sikap Dr Koh yang telah menunjukkan "belangnya" dengan menetapkan prasyarat sebelum debat itu diadakan.

"Bagi memastikan Koh tidak mengelak daripada debat yang akan disiarkan di televisyen itu, DAP bersetuju mengadakan debat itu, tanpa sebarang syarat, malahan jika ia diadakan di ibu pejabat Gerakan, mengenai isu Kampung Buah Pala atau manamana tanah," kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Ogos, Dr Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pemimpin Gerakan bersedia untuk berdebat dengan Lim, semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan Gerakan Pulau Pinang.

Keesokannya, Ketua Menteri menjawab yang beliau akan menerima cabaran Dr Koh, jika Dr Koh sendiri menyahut cabaran itu.

Bagaimanapun, Dr Koh menawarkan untuk menghantar seorang proksi dari Pemuda Gerakan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan