JKJR cadang kenakan saman penunggang motosikal tidak ikat topi keledar dengan betul

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bercadang untuk mengadakan perbincangan bersama pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji cadangan mengenakan saman ke atas penunggang dan pembonceng yang tidak mengikat tali topi keledar mereka dengan betul dalam masa terdekat ini.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh berkata sebelum ini, Polis dan JPJ hanya mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak memakai topi keledar dan menggunakan topi keledar yang tidak mendapat kelulusan Sirim.

"Penguatkuasaan ini akan dapat mengurangkan lagi kes kemalangan motosikal terutamanya kes kemalangan maut," katanya kepada pemberita pada majlis Kempen Advokasi Topi Keledar di Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Suret Singh berkata penunggang dan pembonceng motosikal tidak boleh memberi pelbagai alasan untuk tidak mengikat tali topi keledar mereka kerana JKJR telah mengadakan kempen keselamatan membabitkan motosikal selama dua tahun.

Tahun lepas, kemalangan maut membabitkan motosikal di seluruh negara sebanyak 3,898 kes manakala 2,600 orang mengalami kecederaan, katanya. Beliau berkata jumlah kemalangan maut ini masih di tahap yang membimbangkan jika dibandingkan dengan kemalangan yang membabitkan lori dan bas yang mencatatkan penurunan dalam kes kemalangan pada tahun 2008.

Katanya antara punca kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal itu adalah disebabkan pemakaian topi keledar yang tidak mematuhi piawaian Sirim dan tidak mengikat tali topi keledar dengan betul. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan