Jenazah Noordin diterbangkan ke Kuala Lumpur

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jenazah Noordin Mohd Top telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 pada pukul 11.10 waktu tempatan dengan diiringi tiga anggota keluarganya, yang sebelum itu sempat meminta maaf kepada rakyat Indonesia yang pernah terkena kesan tindakan penjenayah itu.

Jenazah yang diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1 tengah hari.

Yahya berkata setibanya di Kuala Lumpur, jenazah itu akan dibawa dengan kereta ke kampungnya, Kampung Melayu di Pontian untuk dikebumikan pada pukul 6 petang ini.

Noordin, yang selama sembilan tahun menjadi buruan utama polis Indonesia kerana dipercaya menjadi dalang beberapa pengeboman termasuk yang terbaru di Hotel Ritz Carlton dan JW Marriott di sini, ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah pada 17 September.

Tiga rakan pengganasnya turut ditembak mati di dalam rumah itu, di mana polis menemui 200kg bahan letupan, senjata api dan pelbagai dokumen berkaitan kegiatan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan