Jangan leka walaupun kes H1N1 berkurangan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata keadaan ini turut berlaku di peringkat global.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sehingga kini terdapat lebih 300,000 kes yang disahkan positif di 191 negara dengan 3,917 kematian didaftarkan.

Di Malaysia, jumlah kematian masih kekal 77 orang dengan tiada kematian baru.

Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang digariskan kementerian di samping mengamalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

"Individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom influenzalike illness (ILI)," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak itu hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata daripada 70 pesakit atau 9.4 peratus yang disahkan positif H1N1, 18 kes atau 26 peratus kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya golongan berisiko tinggi.

Seramai 132 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 232 kes telah didiscaj, katanya.

Beliau berkata jumlah kesemua kes ILI yang dirawat di seluruh negara kini ialah 743 di 94 hospital termasuk sembilan hospital swasta. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan