Hanya 2 calon beli borang pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kurang 24 jam sebelum proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hanya dua parti politik telah membeli borang pencalonan sejak kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan rekod, tidak ada mana-mana individu yang berminat menawarkan diri bertanding bagi kerusi DUN Bagan Pinang membeli borang daripada pejabat SPR negeri mahupun pejabat Daerah Pord Dickson.

"Sehingga petang ini hanya Barisan Nasional (BN) dan PAS sahaja yang telah membeli borang daripada SPR...dua sahaja," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan persiapan proses penamaan calon esok di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai borang penamaan calon yang ditunjukkan kepada media hari ini oleh bekas Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid yang menawarkan diri untuk bertanding atas tiket calon bebas, Abdul Aziz berkata pihaknya tidak pasti mengenai perkara itu.

"Borang mana beliau ambil saya tak tahulah, tapi beliau tak beli daripada kita, mungkin ambil borang lain atau borang yang dulu-dulu.

"Tapi pengeluaran borang dan penjualan borang di sini hanya BN dan PAS sahaja," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan borang berkenaan dibeli daripada pejabat SPR dari negeri lain.

"Mungkin juga beli dari tempat lain, ia tak ada masalah kerana dalam borang tidak dinyatakan secara khusus untuk pilihan raya yang mana satu.

"Asalkan ia adalah borang untuk pilihan raya negeri atau DUN dan borang itu sah, kita akan terima," katanya.

Malah katanya jika ada mana-mana individu yang berminat untuk bertanding pada pilihan raya kecil kali ini, mereka masih mempunyai masa sehingga proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi esok.

"Kalau datang pagi esok baru nak beli borang pun boleh... tak ada masalah, kita ada masa sampai pukul 10 pagi esok untuk mereka serah borang," katanya.

Jelas Abdul Aziz lagi, sehingga kini sebanyak lapan borang telah dibeli oleh dua parti iaitu lima borang dibeli oleh BN dan tiga borang oleh PAS.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan PAS bahawa hasil semakan mereka mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih menetap di situ, Abdul Aziz berkata: "Saya tak tahu daripada mana mereka dapat jumlah itu.

"Tetapi di kem Port Dickson, tak semestinya mereka ini hanya tingal di sini, mereka mungkin bertugas di perbatasan, mungkin di Sabah, Sarawak atau di tempat-tenpat lain.

"Kalau mereka bertugas di perbatasan mereka tak boleh meninggalkan tempat mereka bertugas, inilah konsep pos. Tapi bagi mereka yang berada di sekitar kawasan ini, di sekitar lapan kem di Port Dickson, mereka akan jalankan pengundian di kem masing-masing. Tak timbul kertas undi dipangkah oleh orang lain."

PAS hari ini mendakwa 70 peratus daripada 4,604 pengundi pos yang berdaftar di DUN Bagan Pinang adalah anggota tentera yang telah bersara dan tidak lagi tinggal di kawasan itu.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, meminta SPR mengkaji semula kaedah atau mekanisme yang boleh diambil dalam menangani isu itu bagi mengelakkan timbulnya persoalan sama ada daftar pemilih itu benar-benar bersih atau sebaliknya.

Namun Abdul Aziz berkata, beliau memberi jaminan kepada semua pihak bahawa proses undi pos akan berjalan dengan lancar dan telus tanpa perlu diragui.

"Saya boleh pastikan selagi saya menjadi Pengerusi SPR, pilihan raya yang dijalankan dibawah kelolaan saya akan diadakan secara telus dan tidak akan ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya.

Mengenai jumlah sebenar pengundi pos yang berada di kawasan Port Dickson, Abdul Aziz bagaimanapun berkata pihaknya tidak mempunyai jumlahnya buat masa ini.

"Saya tak ada jumlahnya tapi saya yakin majoriti mereka berada di sini dan kebanyakkan mereka akan menjalankan undi di sini," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan