EGM MCA tidak jejas kempen parti itu di Bagan Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jentera pilihan raya MCA pada pilihan raya kecil Bagan Pinang tidak akan terpengaruh dengan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang akan diadakan sehari sebelum pilihan raya itu iaitu pada 10 Oktober ini.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pemimpin parti itu sedang sibuk berkempen di Bagan Pinang dan mereka akan terus berkempen selepas mengundi pada EGM parti itu.

EGM itu diadakan berikutan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mencemarkan imej parti ekoran skandal video seks, bagaimanapun keputusan itu dibatalkan oleh Jawatankuasa Pusat dengan menggantung keanggotaannya selama empat tahun.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah menerima kesemua lima usul yang dicadangkan oleh kumpulan Dr Chua untuk EGM itu, termasuk usul mengadakan undi tidak percaya terhadap Ong dan mengembalikan semula jawatan Dr Chua.

"Kami (perwakilan pusat MCA) akan mengundi menjelang EGM iaitu pada 10 Okt. Selepas itu, pemimpin utama MCA akan terus berkempen di Bagan Pinang," kata Wee kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Projek Pendidikan MalaysiaAustralia Bagi Afghanistan (MAEPA) di sini hari ini.

Katanya anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain "tidak perlu bimbang, kami akan bersedia bila-bila masa di Bagan Pinang."

Beliau yakin bahawa kempen MCA mampu meraih sokongan pengundi Cina bagi BN yang merupakan 10.96 peratus atau 1,498 pengundi daripada 13,664 pengundi di DUN itu. Esok ialah hari penamaan calon pilihan raya kecil itu sementara pengundian ialah pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Azman Mohd Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 Sept lepas.

BN menamakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calonnya yang akan ditentang oleh Pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohd Omar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan