Bangunan di Malaysia selamat daripada gempa bumi

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menerima kesan daripada gegaran akibat gempa bumi di Indonesia Rabu lepas tidak perlu bimbang kerana bangunanbangunan di sini disahkan selamat dan menepati syarat bangunan yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Menteri berkenaan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keselamatan bangunan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada pemaju sama ada mereka mematuhi atau tidak prosedur standard bangunan yang ditetapkan kerajaan. " Jika semua bangunan dibina mengikut standard dan syarat yang ditetapkan, ia semestinya selamat untuk diduduki, semuanya bergantung kepada pematuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemajupemaju supaya sentiasa mematuhi prosedur standard pembinaan, dan meletakkan keutamaan kepada keselamatan melebihi segalasegalanya bagi pelan bangunan baru.

Beliau mengulas mengenai keretakan yang dikesan pada lima bangunan tinggi di Lembah Klang berikutan gegaran susulan gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter yang melanda Padang di Sumatera Barat pada 6.16 petang Rabu lepas.

Mengenai setinggan, Kong berkata kerajaan sedar terdapat hampir 70,000 keluarga masih tinggal di kawasan berkenaan, kebanyakannya di Sabah, dan sebilangan mereka dalam proses untuk dipindahkan ke projek perumahan rakyat (PPR). "Kami sedar masalah ini, usahausaha untuk memindahkan setinggan dan orang miskin di bandar sedang dilakukan dan kami memerlukan kerjasama kerajaan negeri untuk menyediakan tanah dan lokasi yang sesuai kerana mereka yang mengenalpasti orang yang akan menghuni PPR," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan