PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (KHAMIS)

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Khamis,1 Oktober). Prosiding diteruskan pagi ini.

4.06 petang: Bulkini Paharudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan sebagai saksi.

Mahkamah ditanggguhkan ke esok pagi.

4.05 petang: Saksi ke-22, Bulkini Paharudin daripada, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil ke kandang saksi sekali lagi.

Dia diminta mengenalpasti, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang turut dipanggil sebagai saksi pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock.

Bulkini berkata dia mengenali Tan adalah orang yang sama ditemuinya di Plaza Masalam pada hari Teoh dipanggil memberi keterangan.

4 petang: Bulkini Paharudin, pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi dipanggil untuk memberi keterangan. Kali terakhir dia memberi keterangan ialah pada 17 September lalu.

3.55 petang: Perang mulut antara Gobind dan Tan Hock Guan berlaku apabila masing-masing mempertikaikan kepentingan saksi berkenaan dipanggil untuk memberi keterangan.

3.46 petang: Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh berkata, dua saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Hishamuddin dan Hairul Ilham, akan dipanggil sebagai saksi.

Kedua-dua nama tersebut telah disebut secara konsisten oleh SPRM sepanjang sesi perbicaraan inkues berlangsung.

3.45 petang: Barisan peguam dan Koroner mengadakan perbincangan untuk memilih tarikh yang sesuai untuk memanggil Dr Seah untuk memberikan keterangan.

3.40 petang: Peguam yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan memberitahu Koroner Azmil Muntapha Abas bahawa sample DNA 'lelaki 1" telah berjaya dikenalpasti oleh saksi kesembilan, Dr Seah Lay Hong, yang merupakan seorang pakar DNA.

Tan berkata, Dr Seah telah bersiap sedia untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut.

3.34 petang: Rakan baik Teoh Beng Hock, Woo Chuan Sing dibebaskan sebagai saksi.

3.31 petang: Koroner Azmil Muntapha Abas memulakan sesi soal balas terhadap Woo Chuan Sing.

Woo, berkata "Saya merupakan rakan baik Teoh Beng Hock."

Katanya, dia tidak tahu apa masalah yang sedang dihadapi oleh Beng Hock.

3.26 petang: Malik Imtiaz Mawar,peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor memulakan sesi soal balas, rakan baik Teoh Beng hock, Woo Chuan Sing.

Woo mengesahkan bahawa dia ada merakamkan perbualan telefon antara dia dan Beng Hock dalam telefon bimbitnya.

3.25 petang: Rakan baik Teoh, Woo Chuan Sing dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi ke-25.

Kepada satu soalan daripada peguam yang mewakili kerajaan, Tan Hock Guan, Woo berkata Beng Hock telah menghantar kepadanya SMS meminta dia menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinannya pada 3 Oktober.

3.16 petang: Kepada satu soalan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas, Teoh Meng Kee berkata adiknya Teoh Beng Hock tidak pernah menjalani rawatan kesihatan dan tidak pernah menghidapi sebarang masalah kesihatan.

Meng Kee berkata, dia tidak tahu kenapa Beng hock menceburi bidang politik.

Dia dibebaskan sebagai saksi.

3.13 petang: Peguam Suruhanjaya Prncegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abd Razak Musa bertanya kepada abang mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee sama ada dia tahu berapakah kos keseluruhan untuk mengadakan perkahwinan bagi kaum Cina termasuk kos majlis makan malam, kereta mewah dan sebagainya.

Meng Kee berkata, "lebih kurang RM20, 000"

Abd Razak membuat andaian bahawa Beng Hock tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan sedemikian kerana gaji bulanannya hanyalah RM1,800.

Meng Kee berkata adiknya Beng Hock mempunyai wang simpanan, namun dia mengaku tidak tahu berapa jumlahnya.

3.09 petang: Teoh Meng Kee berkata dia tidak tahu berapa jumlah pendapatan bulanan adiknya.

Peguam SPRM, Datuk Abd Razak Musa: Adakah kamu tahu gaji bersih Beng Hock ialah RM1, 800 sebulan ?

Meng Kee: Saya, tidak tahu.

3.06 petang: etika sesi soal balas, Datuk Abd Razak Musa, abang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee bersetuju dengan soalan Razak bahawa mendiang adiknya membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana teman wanitanya, Soh Cher Wei sedang mengandung.

3.04 petang: Datuk Abd Razak Musa, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memulakan sesi soal balas.

3 petang: Teoh Meng Kee berkata dia mengetahui mengenai berita kematian adik bongsunya, Teoh Bong Hock melalui adik perempuannya, Li Lan pada 16 Julai, pukul 5 petang. Sebaik sahaja menerima berita tersebut, dia bergegas terus ke Plaza Masalam, Shah Alam.

2.55 petang: Teoh Meng Kee berkata, adiknya, Teoh Beng Hock tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarga sebelum kematiannya.

2.51 petang: Teoh Meng Kee berkata, adiknya Teoh Beng Hock ingin mengadakan majlis makan malam sempena majlis perkahwinannya pada 3 Oktober. Dia menyifatkan Beng Hock sebagai "seorang yang penyayang dan suka menolong."

2.42 petang: Abang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee, 33, pengurus gudang dipanggil memberi keterangan.

Dia merupakan abang kedua daripada empat beradik, Beng Hock merupakan anak bongsu. Meng Kee, memakai seluar hitam dan baju berwarna biru muda kelihatan tenang ketika menjawab sesi soal jawab berlangsung.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan