Pemimpin dan orang ramai yakin Isa mampu beri kemenangan

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan orang ramai semalam menyambut baik pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata Isa merupakan calon yang sangat tepat untuk BN.

"Ia adalah pilihan rakyat dan kita perlu menghormati kehendak rakyat dan sebab itulah nama calon BN kali ini mengambil kira kehendak rakyat. Mereka ini didahulukan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman nama Isa sebagai calon dibuat pada majlis sambutan Aidilfitri Bagan Pinang semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut bersetuju bahawa pemilihan Isa membuktikan pucuk pimpinan negara mendengar kehendak masyarakat setempat.

"Saya percaya Tan Sri Mohd Isa adalah pemimpin yang disenangi dan mesra rakyat dan pencalonan beliau ini sudah pasti mendapat sokongan padu pengundi di Bagan Pinang," katanya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan, Isa merupakan anak tempatan di Port Dickson dan berpengalaman selama 30 tahun menjadi wakil rakyat.

"Di Bagan Pinang ini, pembangunan banyak berlaku dan boleh dikatakan majoritinya diusahakan oleh Isa sendiri," katanya.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata konsep rakyat didahulukan sudah diterjemahkan melalui pemilihan calon BN di Bagan Pinang.

Pengerusi Badan Perhubungan parti IPF Negeri Sembilan S. Viswanathan berkata, faktor kemenangan BN adalah disebabkan Isa mempunyai karakter yang mudah mesra dengan orang ramai.

Sementara itu orang ramai melihat pemilihan Isa akan memenangkan BN dalam pilihan raya itu kerana tokoh berkenaan sudah lama dikenali rakyat tempatan.

Buruh ladang K. Sagesaran, 46, yakin Isa mampu meraih sokongan kerana keramahan tokoh itu.

Peniaga Ahmad Shuib Masran, 36, berkata tiada tokoh lain yang lebih sesuai daripada Isa kerana senario politik hari ini amat berbeza.

Orang ramai kini melihat pada kewibawaan individu itu sendiri, katanya.

Pegawai pemasaran S. Rahul, 29, berkata beliau melihat Isa sebagai faktor penentu kemenangan BN kali ini.

David Lee, 34, seorang pengurus hotel, berkata beliau yakin BN akan menang dalam pilihan raya ini kerana masyarakat Cina dan India menyokong Isa, seorang pemimpin yang mesra rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan