Karpal desak Anwar jelas kekeliruan isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh Rabu mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang.

Karpal mendesak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik.

"DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mohd Yusmadi turut dilapor sebagai berkata formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada kaum Cina dan jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang kaum Melayu.

Karpal menjelaskan bahawa DAP mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terbanyak dan parti itu mempunyai hak untuk melantik siapa sebagai Ketua Menteri di negeri itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan