Dua beradik rentung dalam kebakaran di Alor Setar

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua beradik masing-masing berusia dua dan empat tahun rentung apabila rumah mereka di Kampung Kilat di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 10.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata ketika kejadian, Nor Faiza Natasha Mohd Farid, 4, dan adiknya Nor Faiza Naziha, 2, ditinggalkan bersama nenek mereka di rumah berkenaan oleh ibu bapa yang pergi bekerja di sebuah warung tidak jauh dari situ.

Beliau berkata kebakaran itu turut memusnahkan antara lapan dan 10 rumah lain di kawasan berhampiran, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Kanak-kanak itu dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Bapa kedua-dua beradik itu, Mohd Farid Mansor, 32, berkata dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketika sampai, hampir keseluruhan rumahnya telah hangus.

"Api terlalu marak dan bomba halang saya masuk ke rumah," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Kamis Idris berkata sepasukan bomba bersama tiga jentera dan 14 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.57 pagi.

"Bomba berjaya mengawal api dalam tempoh kira-kira setengah jam, dan menemui mayat kedua-dua mangsa dalam rumah yang hangus," katanya.

Katanya bomba yang mengalami kesukaran memadamkan api kerana kedudukan rumah yang terlalu rapat, turut dibantu empat jentera bomba sukarela dari kawasan berhampiran.

-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan