Polis siasat kematian pengarah eksekutif syarikat Allagappa

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Polis sedang menyiasat sekiranya wujud permainan kotor dalam kematian jutawan yang juga pengarah eksekutif syarikat kilang tepung dan rempah ratus di Bukit Mertajam.

Al Mathivanan Pillai Kr Alagappan Pillai, 61, yang merupakan pengarah eksekutif Alagappa Flour Mills Sdn Bhd dan Kumpulan-kumpulan Syarikat, mati pada pukul 6.55 pagi Sabtu lalu.

Allagappa adalah jenama serbuk kari yang popular di Pulau Pinang dan utara tanah air.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Gan Kong Meng berkata, polis melakukan siasatan terhadap kematian Mathivanan selepas menerima laporan daripada seorang saudara si mati mengenai keadaan kematiannya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan laporan itu secara terperinci.

Difahamkan, Mathivanan ditemui mati dengan kesan terbakar di badan di rumahnya di Jalan Free School pada pagi Sabtu.

Sumber menyebut, ahli keluarga si mati bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta, bagaimanapun pihak hospital merujuk si mati ke Hospital Pulau Pinang.

Mathivanan mengalami kesan kebakaran yang teruk, menurut sumber itu.

Bagaimanapun, seorang ahli keluarga ketika dihubungi menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa Mathivanan mati disebabkan serangan jantung.

Syarikat kilang tepung yang terletak di Bukit Tengah itu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kira-kira 66 tahun lalu.

Syarikat yang terkenal dengan jolokan 'Raja Kari' itu juga membina pasaran di bandar-bandar besar seperti Melbourne dan London, dan di Afrika Selatan serta Mauritius.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan