Panel rayuan kekalkan hukuman sebat Kartika

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengekalkan keputusan hukuman sebatan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata keputusan itu dibuat selepas panel tersebut membuat semakan terhadap prosedur penghakimannya semalam.

Bagaimanapun tarikh pelaksanaan hukuman tersebut belum diputuskan panel berkenaan yang turut dianggotai Ketua Hakim Syarie Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman, katanya ketika dihubungi Bernama.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan