Malaysia mungkin tidak dapat capai Wawasan 2020 pada masanya - Tun Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin tidak dapat mencapai Wawasan 2020 pada masanya jika tidak mengubah strateginya dan terus bergantung kepada pelaburan langsung asing, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Malaysia seharusnya menumpukan kepada membangunkan syarikat tempatan utama yang berpotensi mengeluarkan jenama mereka sendiri dan bersaing di pasaran global.

"Kerajaan perlu mengenal pasti syarikat-syarikat ini dan membantu mereka berkembang dengan memberi pinjaman kepada mereka pada kadar faedah yang rendah.

"Keuntungan yang mereka peroleh akan kembali kepada kita, pekerja dan negara," kata beliau pada Persidangan Perkhidmatan Awam ke-14 di sini Selasa.

Beliau berkata pekerja di semua peringkat perlu dibayar gaji yang lebih tinggi tetapi mereka juga perlu menjadi lebih produktif.

"Barulah industri boleh menghasilkan jumlah yang lebih besar, mendapat lebih keuntungan dan menyumbang kepada perolehan negara," katanya.

Tun Dr Mahathir berkata Malaysia sewajarnya menjadi negara kos sederhana atau tinggi kerana ia tidak boleh bersaing dengan negara-negara seperti China dan Taiwan yang boleh menawarkan kos tenaga manusia yang lebih rendah dan sumber kepada pelabur asing.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Tun Dr Mahathir berkata Malaysia mampu menjadi negara maju tetapi mungkin melebihi masa yang disasarkan, iaitu tahun 2020, akibat faktor-faktor yang tidak dijangka seperti kemerosotan ekonomi dunia yang meninggalkan kesan kepada negara ini.

"Bagaimanapun jika kita memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat-syarikat tempatan dan tidak lagi bergantung kepada pelaburan asing, tidak mustahil kita akan berjaya mencapainya pada masa yang ditetapkan," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata kenaikan gaji dan penetapan gaji minimum tanpa penstrukturan semula hanya akan memburukkan keadaan, terutama jika tahap produktiviti masih rendah.

Menyentuh mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir berkata rakyat terutama golongan muda patut diberi lebih banyak peluang untuk belajar bersama dan membina persahabatan dengan kaum-kaum lain. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan