Isa Samad sah calon BN DUN Bagan Pinang

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas mengumumkannya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri . Turut serta ialah pemimpin-pemimpin kompenan Barisan Nasional (dari, kiri) Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, datuk seri S. Samy Vellu, Datuk Seri Liow Tong Lai, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. --fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas mengumumkannya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri . Turut serta ialah pemimpin-pemimpin kompenan Barisan Nasional (dari, kiri) Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, datuk seri S. Samy Vellu, Datuk Seri Liow Tong Lai, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. --fotoBERNAMA

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.

Bercakap secara ringkas di hadapan tetamu yang hadir, Isa berkata, beliau berjanji akan bekerja keras untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang akan terus kekal menjadi milik BN.

"Nampaknya ISA masih diperlukan, jangan hapuskan ISA.

"Saya percaya kita akan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dengan sokongan padu semua pihak.

"Kita akan terus pertahankan kerusi ini malah akan berusaha untuk tambah majoriti," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong-penyokong BN yang hadir.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 11 Oktober manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Pemilihan Isa, 59 bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana nama beliau sering disebut-sebut sebagai pilihan utama Umno bahagian Teluk Kemang.

Malah beliau juga merupakan ketua umno bahagian tersebut berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan nama calon BN di Pusat Operasi BN dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno Teluk Kemang bersama Perdana Menteri berkata, pemilihan Isa dibuat selepas pucuk pimpinan parti mengambil kira kehendak masyarakat setempat.

Kerusi DUN itu kosong selepas Azman yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), di sini awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan selepas memperoleh 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan