IPU tidak sihat di Sarikei, Sibu dan Sri Aman

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini iaitu Sarikei dan Sri Aman masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 111 manakala Sibu pula 117 berbanding sederhana semalam, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dua puluh enam kawasan lain yang dipantau JAS sehingga 11 pagi ini pula mencatat IPU sederhana antaranya Kota Tinggi (60), Larkin Lama (54), Pasir Gudang (72), Tanah Merah (55), Bukit Rambai (58), Nilai (73), Port Dickson (63), Seremban (57) dan Balok Baru, Kuantan (58).

Turut mencatatkan IPU sederhana adalah Keningau (63), Kota Kinabalu (65), Sandakan (66), Tawau (88), Bintulu (91), Kapit (96), Kuching (82), Limbang (65), Miri (77), Samarahan (95), Country Heights, Kajang (57), Pelabuhan Klang (61), Petaling Jaya (55), Shah Alam (57), Cheras (52), Labuan (75) dan Putrajaya (56).

Antara 21 kawasan yang merekodkan IPU baik adalah Muar (50), Alor Setar (32), Bakar Arang, Sungai Petani (33), Langkawi (21), Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu (38), Bandaraya Melaka (50), Indera Mahkota, Kuantan (26) dan Jerantut (44).

Selain itu, Jalan Tasek, Ipoh (33), Kampung Air Putih, Taiping (34), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (30), Seri Manjung (31), Tanjung Malim (35), Kangar (21), Perai (32), Seberang Jaya Dua, Perai (26), Universiti Sains Malaysia (USM) (19), Kuala Selangor (49), Kuala Terengganu (37), Paka (43) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (40).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 050 (baik), 51100 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan