The Daily Chili portal baru Star Publications

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu lagi portal berita online yang baru di bawah The Star Publicationss (M) Bhd, The Daily Chili, telah dilancarkan awal pagi hari ini.

Portal berita online baru ini menjanjikan sesuatu yang baru dan provokatif dalam laporan beritanya.

Menurut Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, portal baru ini akan mempunyai lebih ruang kebebasan untuk membuat laporan kerana ia tidak memerlukan permit untuk diterbitkan.

Bagaimanapun, isi kandungnya tidak akan memberi tumpuan terhadap isu-isu politik, sebaliknya portal The Daily Chili akan memfokuskan isu-isu lain yang lebih hangat dalam laporan beritanya.

"Sudah terlalu banyak laman web yang melaporkan tentang isu-isu politik contohnya seperti Malaysiakini, Malaysian Mirror dan Malaysian Insider.

"Oleh sebab itu Daily Chili lebih menumpukan kepada pembaca yang mahukan bahan bacaan selain daripada isu politik," kata Wong.

Katanya, The Star Online kini mempunyai 15 juta hit setiap bulan dan surat khabarnya mempunyai edaran kira-kira 300,000 naskah setiap hari.

"The Daily Chili, mStar Online (portal Bahasa Melayu), dan portal baru Star lain seperti Property Portal merupakan satu batu loncatan atau penglibatan awal Star dalam 'media baru'," katanya sambil menambah Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications, Datuk Clement Hii sendiri telah memberi penekanan terhadap penglibatan dalam bidang multimedia.

Tambah Wong, laporan berita Daily Chili akan berkonsepkan laman web popular Twitter dan Facebook supaya dapat menarik lebih ramai golongan pembaca muda.

"Terdapat satu ruangan yang dinamakan 'Just 140' yang merujuk kepada jumlah maksimum bilangan patah perkataan yang boleh ditulis, ia mirip kepada konsep laman web Twitter dan akan memaparkan personaliti terkenal," ujarnya.

Portal baru itu akan diketuai oleh Pengarang Bersekutu, Veera Pandiyan dan Timbalan Ketua Sub-Editor, Purwaiz Alam.

Ketika ditanya mengenai kenapa dinamakan sebagai Daily Chili: "Kenapa tidak? Sekarang ialah zaman Yahoo, Google, Ipod, Tomato Weekly, jadi wajarla kita juga memberikan pembaca sesuatu yang baru dan hangat," katanya.

Menurut Wong lagi, penyampaian berita dalam Daily Chili mempunyai perbezaan berbanding dengan surat khabar arus perdana lain seperti The Star, New Straits Times dan The Sun.

"Walaupun kandungannya mungkin sama, tetapi Daily Chili akan menyampaikan isu itu dengan lebih menarik dan provokatif.

"Tajuk berita pula adakalanya akan dibuat dengan lebih bebas dan melibatkan penggunaan bahasa perbualan harian contohnya seperti 'lah' atau 'can or not'," ujar beliau lagi.

Tegasnya, Daily Chili bukan bertujuan untuk bersaing dengan laman web yang cendurung kepada laporan politik seperti Malaysian Insider, Nutgraph dan lain-lain, sebaliknya ia bertujuan untuk memberi satu pilihan lain kepada pembaca.

"Mungkin perlawanan English Premier League (EPL) akan menjadi tajuk utama dan mungkin juga kes jenayah, ini jarang dilakukan oleh laman web seperti yang saya nyatakan tadi.

"Fokus kami ialah isu-isu yang akan menarik ramai pembaca dan wartawan yang terlibat juga akan mencari maklumat lebih terperinci yang tidak terdapat dalam surat khabar," katanya.

Laman web Daily Chili boleh diakses di www.dailychilli.com

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan