Rosmah hadiri majlis sembang petang di PD

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis sembang petang anjuran Wanita Umno Bahagia Telok Kemang di rumah seorang penduduk Kampung Baru, SiRusa dekat sini.

Ketibaan Rosmah pada kira-kira pukul 4.35 petang disambut oleh tuah rumah, Mujer Salijo, 58, dan isterinya Kalsom Jais, 58, serta isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar, Ketua Wanita Umno Bahagian Telok Kemang Rohani Yaacob, Ketua Wanita MCA Bahagian Telok Kemang Tan Ah Moi, Ketua Wanita MIC Bahagian Telok Kemang Dr P.Tanaletchumy, Pegawai Daerah Port Dickson Ab Khalid Mat dan ketua kampung Tusiran Pesan.

Pada majlis itu Rosmah meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra bersama kira-kira 100 penduduk tempatan, sambil menjamu selera sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya beliau berkata kunjungan beliau hari ini adalah bagi tujuan beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam suasana sambutan Hari Raya.

"Saya juga inginkan supaya calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada 11 Oktober ini menang. Ini amat mustahak demi kesenambungan wakil Dewan Undangan Negeri di sini diwakili oleh BN," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan